Ahli, Penyokong PAS Bantu Kempen BN Di PRN Melaka, Serasi Kerjasama MN

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sekumpulan ahli dan penyokong PAS sepakat mengambil keputusan membantu jentera kempen BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekaligus bertentangan dengan keputusan PAS Pusat yang mendukung calon Perikatan Nasional (PN).

Menerusi video yang tular sejak dua hari lalu itu, kumpulan ahli dan penyokong PAS berkenaan dilihat turut serta membuat persiapan memasang bendera BN.

Menurut mereka, tindakan menyokong BN itu diambil bukan bermaksud membelakangkan keputusan parti (PAS) tetapi berpegang kepada hakikat bahawa kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang melibatkan UMNO dan PAS merupakan platform terbaik untuk menyatukan ummah melangkaui politik.

Ahli PAS, Hj Azkar Harun dalam temubual dengan TV3 mengakui amat terkejut apabila pucuk pimpinan PAS memutuskan untuk menggunakan bendera Perikatan Nasional dalam PRN di Melaka.

“Saya ahli PAS setelah bekerja sama dengan Adun (BN) selama setahun setengah (Muafakat Nasional) telah nampak keserasian, dah nampak macam abang dan adik kita bekerjasama dalam banyak segi terutamanya dari segi kebajikan.

“Agak mengejutkan apabila pihak atasan untuk berada di pihak PN sedangkan akar umbi tetap bersama (Muafakat Nasional),” katanya.

Seorang lagi ahli PAS, Mohd Baikhaki Basiran memberitahu setiap malam dia akan turun membantu jentera kempen BN di kawasannya kerana lebih selesa dengan kerjasama UMNO dan PAS dalam MN.

“Saya rasa apa yang dicadangkan melalui kerjasama MN itu memang baik. Cukup baik. Ukhuwah (antara ahli UMNO dan PAS) lagi baik,” katanya.

Berhubung keputusan pimpinan PAS memihak kepada PN dalam PRN Melaka ini, Mohd Baikhaki berkata, “nak kata kecewa tak kecewa, pasal semua atas kerja pimpinan. Tetapi sebenarnya, kalau bapak kencing berlari takkan anak nak kencing berdiri. Itu saja. Kita fikir sendiri sudahlah.”

Terdahulu, dalam PRN Melaka ini PAS membuat keputusan bersama PN yang bertanding di semua 28 kerusi termasuk lapan kerusi ditandingi calon PAS menggunakan logo pakatan tersebut.

Untuk rekod, salah satu asas penting persefahaman UMNO dan PAS menerusi kerjasama MN sebelum ini telah menetapkan kedua-dua parti itu akan menyokong penyandang kerusi di antara mereka.

Manakala bagi kawasan yang tewas pula, PAS atau UMNO akan menyokong salah satu di antara dua parti itu yang merekodkan undi tinggi semasa PRU14 lalu, dengan tujuan memastikan kerusi PH dapat ditawan.

Bagaimanapun dalam PRN ini, pertembungan tiga penjuru tidak dapat dielakkan apabila PN termasuk PAS menuntut pembahagian kerusi yang lebih banyak sekaligus mengetepikan persefahaman MN yang dicapai sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat