APDN2020: Pemulihan Ekonomi Domestik Menerusi Inisiatif Berimpak Tinggi – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kerajaan telah memulakan proses pemulihan ekonomi melalui strategi pelaksanaan Bajet 2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) seperti yang diumumkan baru-baru ini, untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha memulihkan ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut menggerakkan jentera pemulihan ekonomi domestik menerusi inisiatif-inisiatif berimpak tinggi bagi merancakkan lagi perkembangan sektor perdagangan pengedaran.

“Salah satu langkah bagi menyokong pemulihan dan pemerkasaan semula sektor perdagangan dalam negeri ini, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM33 juta di bawah Bajet 2022 khusus untuk merancakkan semula sektor perdagangan pengedaran.

“Melalui peruntukan tersebut, KPDNHEP akan meneruskan kempen-kempen berimpak tinggi seperti Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Program Jualan Malaysia (PJM) yang telah pun dilaksanakan dan akan diperhebatkan pada tahun hadapan.

“KBBM telah mencatatkan impak positif kepada ekonomi domestik. Nilai jualan barangan buatan Malaysia bagi tahun 2020 telah berjaya mencecah RM3.3 bilion berbanding RM2.87 bilion pada tahun 2019.

“PJM pula turut mencatatkan prestasi seperti yang disasarkan. Sasaran nilai jualan sebanyak RM100 bilion pada suku keempat tahun 2020 telah berjaya dicapai dengan mencatatkan nilai jualan sebanyak RM135.9 billion,” katanya, ketika merasmikan Majlis Anugerah Perdagangan Dalam Negeri (APDN) 2020, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan di atas kerjasama yang telah diberikan kepada KPDNHEP dalam mengadakan Program Imunisasi Sektor Peruncitan (RiVAC).

Beliau berkata, menerusi program tersebut hampir 56,000 pekerja di sektor peruncitan telah mendapat vaksinasi lengkap di seluruh negara melalui kerjasama awam dan swasta.

“Melalui Program RiVAC, ia secara langsung telah memberi jaminan perlindungan kepada pekerja di sektor peruncitan dan membantu merancakkan pemulihan ekonomi negara.

“Kerajaan percaya, pencapaian-pencapaian ini adalah hasil kerjasama baik di antara semua pihak. Persepakatan seperti inilah yang saya mahu terapkan kepada semua pihak yang berkonsepkan Keluarga Malaysia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat