Jika PKPB dilanjut, rakyat pedih – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada sesiapa pun yang mampu menjawab bila gelombang wabak Covid-19 ini akan terkawal dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan tamat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan, kerajaan juga perlu faham pengorbanan dan kepedihan rakyat ketika ini.

“Tiada sesiapa pun yang mampu menjawab bila gelombang ini akan terkawal dan PKPB akan tamat. Tetapi kerajaan juga perlu faham pengorbanan dan kepedihan rakyat ketika ini.

“Dulu masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (biarpun lebih ketat berbanding PKPB) dilaksanakan, pelbagai bantuan kerajaan telah diberi.

“Tetapi bahagian besar bantuan ini sudah tamat atau habis digunakan sebab PKP fasa pertama sudah berlalu lebih sembilan bulan dahulu. Ramai telah bertahan sejak PKP fasa pertama pada bulan Mac.

“Memandangkan kita sudah bertahan sembilan bulan, ramai yang sudah mula tidak mampu bertahan walau seminggu lagi.

“Sebab itu, kita tuntut mereka diberikan sedikit kelegaan dengan membenarkan mereka mengambil RM10,000 wang sendiri dari akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” catat Najib di Facebooknya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, sudah banyak kali PKPB dilanjutkan oleh sebab itu kita tuntut moratorium pinjaman dilanjutkan sekali lagi sahaja.

“Saya tak rasa kedua-dua permintaan ini adalah keterlaluan.

“Dan sudah tentu ianya jauh dari hasutan terhadap kerajaan melainkan menyuarakan kehendak rakyat kini dianggap sebagai satu bentuk hasutan,” jelas beliau.

Kata Najib, setiap kali PKPB dilaksanakan pusat beli belah akan mengosong.

“Yang beli belah akan henti beli. Yang makan di luar juga akan berkurang. Pemandu Grab juga menghitung hari untuk PKPB tamat.

“Pelancong juga tidak melancong. Biarpun aktiviti pelancongan dibenarkan berlangsung semula di beberapa negeri lain tapi sumber pelancong terbesar adalah dari Lembah Klang yang masih disekat,” ujarnya.

Beliau berkata, hampir semua aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan merosot namun semua
rakyat faham bahawa petugas barisan hadapan bertungkus-lumus untuk lawan Covid-19 dan kita faham kenapa PKPB dilakukan.

Tambahnya, kita semua juga berdoa supaya kerajaan akan berjaya mengawal gelombang ketiga yang amat besar ini biarpun tempoh dua bulan sudah berlalu dan kes-kes setiap hari masih cecah 1,000 kes.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kerajaan akan mengkaji keperluan untuk melanjutkan pelaksanaan PKPB sehingga hujung tahun ini sekiranya terdapat peningkatan kes.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat