PAS tak ke mana tanpa UMNO dan Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS tidak akan mampu melangkah lebih jauh sekiranya tidak menjalin kerjasama dengan UMNO dan Bersatu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Jelas beliau, PAS, UMNO dan Bersatu saling memerlukan antara satu sama lain.

“Pada padangan kita, kalau kita dengan UMNO sahaja tak akan ke mana, kalau dengan Bersatu saja pun tak akan sampai ke mana.

“Kita perlukan gabungan ketiga-tiga parti ini. Sebab itu pentingnya Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN). Ketiga-tiga parti ini ada kekuatan tersendiri,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa yang kini dilihat menimbulkan konflik di kalangan pimpinan UMNO.

Annuar dilaporkan berkata PAS bertegas bahawa UMNO mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Portal itu melaporkan, susulan itu beberapa pimpinan UMNO antaranya Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, tampil menyanggah kenyataan Annuar itu.

Khaled antara lain menyatakan keyakinan betapa PAS tidak akan memaksa UMNO supaya terima Bersatu.

Hal demikian, Mohd Amar berkata, apa yang berlaku itu merupakan masalah dalaman UMNO yang perlu diselesaikan.

“Isu ini kalau kita tengok di media melibatkan kalangan Umno, kenyataan Annuar dijawab oleh pimpinan UMNO yang lain.

“Kita harap UMNO boleh selesaikanlah, kami tak boleh nak campur (tangan), ini masalah dalaman parti. Pandangan-pandangan dalam kalangan pimpinan UMNO.

“Pandangan saya sepatutnya masing-masing duduk semeja dan tidak buat kenyataan terbuka. Hari ini isu besarnya masing-masing buat kenyataan terbuka,” kata Adun Panchor itu.

Ujar Mohd Amar, berbeza pandangan itu perkara biasa, tetapi lebih baik duduk sekali dan berbincang untukmencari titik pertemuan.

“Tapi kalau kita masing-masing bercakap kepada media, kita beri mesej yang salah dan persepsi kepada pengundi serta menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong parti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat