26 November ini ‘season finale’ kemelut politik negara?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak memberi gambaran menjelang 26 November bagaikan penantian ‘season finale’ kemelut politik negara.

Dalam catatan di Twitternya Farhash yang juga Pengerusi PKR Perak berkata, kesudahan krisis politik akan terjawab pada perbahasan Belanjawan 2021 yang dijadual Khamis ini.

“Salam semua, kalau yang selalu layan series akan faham perasaan minggu ini bagaikan penantian ‘season finale’,” ujarnya.

Komen warganet di ciapan itu berharap penamat siri politik ini tidak sama seperti Game of Thrones.

Farhash bagaimanapun berkata, penamat krisis politik ini bergantung sepenuhnya kepada penulis skrip.

Meskipun tidak menamakan siapa gerangan penulis skrip berkenaan, beliau bagaimanapun yakin kemelut politik ini akan dileraikan dengan satu kata putus.

“Doakan yang terbaik,” katanya.

Sebelum ini, tersebar khabar angin bahawa nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri akan ditentukan pada Khamis, 26 November 2020.

Dengan persoalan adakah beliau akan menjadi Perdana Menteri dengan penggal terpendek dalam sejarah negara?

Cakap-cakap politik memberi gambaran bahawa Muhyiddin tidak akan menjadi Perdana Menteri pada hari Khamis ini jika Belanjawan 2021 ini dikalahkan dalam bacaan kedua di Parlimen, yang dijangkakan akan diundi pada 25 November.

Walaupun diasak namun, Muhyiddin kelihatan seperti tidak melakukan apa-apa untuk memastikan Belanjawan 2021 ini akan diluluskan.

Pada masa sama juga, ahli-ahli Parlimen pembangkang sentiasa berwaspada berhubung titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu yang menyeru supaya semua rakyat Malaysia menunjukkan perpaduan bagi memastikan Belanjawan 2021 ini dapat diluluskan sedang negara dalam peperangan melawan wabak Covid-19 ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat