Malaysia Guna Muslihat Baharu Kata Al-Jazeera

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Saluran berita satelit Al Jazeera menolak dakwaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), ia tidak mempunyai lesen yang diperlukan untuk menghasilkan dokumentari kontroversinya berhubung pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia.

Pengarah Urusan Al Jazeera bahasa Inggeris, Giles Trendle berkata, berdasarkan definisi Finas, program hal ehwal semasa mingguannya, 101 East tidak termasuk dalam kategori filem yang memerlukan lesen.

“Tidak dapat mempertikaikan integriti kewartawanan kami, kami percaya pihak berkuasa kini mencuba muslihat baru dengan mendakwa kami tidak mempunyai lesen yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

“Kami tidak yakin ini ialah hujah boleh dipercayai. Malah, kami percaya ia bercanggah garis panduan yang diterbitkan pihak berkuasa berkaitan itu sendiri.”

Isnin lalu, Finas dilaporkan berkata, saluran televisyen berpangkalan di Doha itu tidak mempunyai lesen penerbitan filem atau pernah membuat permohonan surat perakuan penggambaran untuk menghasilkan dokumentari 101 East bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” yang disiarkan 3 Julai lalu.

Dokumentari selama 25 minit itu mengecam layanan terhadap PATI ketika Malaysia melaksanakan langkah membendung penularan Covid-19.

Susulan itu, polis menyiasat Al Jazeera di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Beberapa kakitangan Al Jazeera turut dipanggil ke Bukit Aman untuk disoal siasat pada 10 Julai lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat