Ranhill SAJ Atasi Masalah Air Bau ‘Pandan’

- Advertisement -

Johor Bahru – Syarikat pembekalan air terawat bagi negeri Johor berkata, orang ramai tidak perlu bimbang dengan kualiti air yang diterima kerana ia adalah selamat untuk digunakan.

Ranhill SAJ melalui satu kenyataan kepada SuaraTV berkata, pihaknya telah mematuhi semua piawaian yang di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) walaupun terdapat sedikit bau pandan terhadap air yang dibekalkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sr. Nor Ifuan Md Nor, pihaknya telah menerima aduan mengenai masalah tersebut sejak semalam.

“Beberapa aduan diterima membabitkan kawasan Mutiara Rini, Nusa Bestari, Horizon Hill, Setia Indah, Selesa Jaya, Johor Jaya, Kulai IOI, JP Perdana, Skudai Baru dan Desa Skudai.

“Pihak kami sudah pun mengambil langkah penyelesaian selepas menjalankan siasatan terperinci dalam sistem bekalan air terawat,” ujarnya.

Nor Ifuan berkata, berdasarkan siasatan awal tiada sebarang pencemaran yang berlaku terhadap bekalan air yang dibekalkan.

“Ranhill SAJ sudah pun mengatasinya dan pemulihan secara berperingkat sedang berlaku di beberapa kawasan yang terjejas.

“Bau pandan itu hanya muncul apabila air dididihkan dengan sebab itu siasatan menyeluruh dalam sistem agihan telah dilakukan segera semalam,” katanya lagi.

Sementara itu, pasukan Pelan Keselamatan Air (Water Safety Plan) Ranhill SAJ dengan Kerjasama pihak Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) terus menjalankan siasatan lanjut keatas air mentah di Sungai Johor bagi mencari punca kejadian terbabit dan memastikan kualiti air terawat yang dibekalkan berada pada tahap optimum.

Pelanggan yang memerlukan nasihat dan bantuan boleh menghubungi Ranhill SAJ melalui talian mesra 1-8000-88-7474 atau SMS 63001 atau e-mel di [email protected]

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat