Parti Pejuang Akan Tanding 42 Kerusi Dalam PRN Johor – Mahathir

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan akan bertanding di 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dibuat atas keyakinan bahawa Pejuang adalah parti Melayu.

Sehubungan itu, beliau memberitahu bahawa segelintir kerusi yang ada tidak sesuai untuk Pejuang menempatkan calon mereka.

“Ada faktor tertentu yang diambil kira sebab Pejuang adalah parti Melayu. Bukan (kawasan) dominasi Melayu agak sukar untuk kita.

“Kita tak nak tunjuk kita tamak, hendak ambik semua.

“Kita bertanding 42 kerusi kalau menang separuh pun cukup,” katanya pada sidang media pelancaran Aspirasi Johor di sini pada Rabu.

Dalam masa sama katanya, Pejuang memainkan peranan dalam melawan rasuah bagi memastikan tadbir urus yang baik di pelbagai peringkat selain menghidupkan semula kerajaan berasaskan pilihan rakyat.
“Kita hidupkan semula kerajaan berasaskan pilihan rakyat iaitu kerajaan demokratik.

“Seperti yang kita tahu Malaysia sejak merdeka diperintah oleh parti Melayu yang dominan tetapi mereka tidak zalim.

“Kalau kita lihat ketika pemerintahan orang Melayu dominan inilah, Malaysia beralih dari sebuah negara pertanian menjadi negara industri, kita dapat majukan negara ini hingga dapat gelaran (Asian Tiger),” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat