Balu Allahyarham Harussani Zakaria Meninggal Dunia

- Advertisement -

IPOH – Balu Allahyarham bekas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Puan Sri Ainon Abdul Ghani, 82, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Berita itu disahkan anak Harussani, Datuk Ahmad Wafi.

Menurut beliau, ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang tadi semasa dibawa ke hospital berkenaan kerana demam.

“Ibu meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat di sini pagi esok,” katanya.

Allahyarham Harussani meninggal dunia pada 30 Mei tahun lalu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana positif Covid-19.

Allahyarham Harussani meninggal dunia pada usia 82 tahun. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat