RTM Rakan Penyiar Unifi Untuk Perlawanan Bola Sepak Liga Malaysia 2022 – Annuar

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan 44 siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2022 yang dibawakan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

RTM, agensi penyiaran di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dipilih selaku rakan penyiar bola sepak Liga Malaysia 2022 melalui kerjasama antara RTM, TM Unifi dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata RTM akan menyiarkan siaran langsung perlawanan bola sepak terpilih menerusi empat platform iaitu TV1, TV Okey, Sukan RTM dan RTM Klik.

“Keperluan RTM sebagai rakan penyiar bola sepak tempatan akan membolehkan setiap pasukan dalam Liga Malaysia mendapat liputan siaran langsung perlawanan sepanjang musim 2022,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran RTM Selaku Rakan Penyiar unifi Untuk Bola Sepak Liga Malaysia 2022, di sini hari ini.

Annuar berkata perlawanan pertama yang akan disiarkan RTM ialah antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), selaku juara Liga Super dan Kuala Lumpur City FC, selaku juara Piala Malaysia bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Sabtu ini sekali gus menandakan bermulanya Liga Malaysia 2022.

Selain perlawanan Piala Sumbangsih, RTM juga akan menyiarkan perlawanan-perlawanan dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Annuar berkata melalui kerjasama yang dibentuk membolehkan RTM melaksanakan tanggungjawab sosial selaku rakan penyiar bagi stesen tidak berbayar milik kerajaan untuk memberi siaran percuma kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada mereka yang tidak memiliki akses siaran berbayar.

Sementara itu, Annuar berkata syarikat-syarikat di Malaysia yang menjana pendapatan tinggi wajar untuk bersama-sama membantu pembangunan bola sepak tempatan.

“Saya fikir banyak lagi di luar sana syarikat-syarikat swasta yang sebenarnya berkeupayaan untuk tampil ke hadapan dan melakukan sumbangan bermakna kepada pembangunan bola sepak Malaysia.

Bila liga tu maju dan dana mencukupi, pasukan-pasukan akan dapat manfaat darinya dan dapat memperkembangkan lagi program pembangunan bola sepak secara keseluruhan,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat