Keputusan PRN Melaka Bukti Rakyat Terima Konsep Keluarga Malaysia – Penganalisis

- Advertisement -

CYBERJAYA – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memberi petunjuk penerimaan dan keyakinan rakyat dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Memetik laporan HMetro, penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, rakyat keputusan itu juga menunjukkan rakyat yakin dengan kekuatan dan dasar diperkenalkan BN dalam usaha membawa Melaka menjadi sebuah negeri yang stabil dari pelbagai aspek pasca Covid-19.

“Konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ternyata bersifat inklusif, kekeluargaan dan prihatin kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan,” katanya, dipetik dari laporan tersebut.

Ujarnya lagi, semua parti utama yang bertanding memiliki kekuatan yang hampir sama dalam usaha membentuk kerajaan negeri.

“Kemenangan BN adalah mesej jelas rakyat mahu sebuah kerajaan yang stabil tanpa meneruskan polemik politik tidak stabil terus berpanjangan.

“BN membuktikan manifesto, dasar dalam Bajet 2022, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) meyakinkan rakyat yang sudah berpengalaman ditadbir Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Sebuah kerajaan yang stabil mampu mengelak daripada sebarang kemungkinan berlaku sehingga mengheret rakyat dalam ketidaktentuan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat