Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah AS$116.5 Bilion

- Advertisement -

PETALING JAYA – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) pada 15 November lalu, berjumlah AS$116.5 bilion (RM487.61 bilion).

BNM dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu memadai bagi membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$102.8 bilion/RM430.27 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion/RM5.86 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6.1 bilion/ RM25.53 bilion), emas (AS$2.2 bilion/RM9.21 bilion) dan aset rizab lain (AS$4 bilion/RM16.74 bilion).

“Aset-aset itu terdiri daripada emas, pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM487.80 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM629.64 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM22.63 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM15.91 bilion),” katanya.

Menurut BNM, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah sehingga RM100 juta, rizab (RM187.35 bilion), mata wang dalam edaran (RM147.81 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM146.48 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM13.54 bilion), lain-lain deposit (RM7.31 bilion), kertas Bank Negara (RM7.53 bilion), peruntukan SDR (RM28.47 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM4.89 bilion). – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,585FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat