Pas tolak pelawaan Amanah untuk sokong Anwar, mahu terus bersama Umno

KUALA LUMPUR- Pas menolak pelawaan pemimpin Amanah supaya menamatkan kerjasama dengan Umno dan beralih menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Pas Fadhli Shaari menegaskan, Pas akan terus menjalin kerjasama dengan Umno.

“Pas akan terus istiqamah dengan jalannya sekarang.

“Terima kasih atas undangan dan jemputan,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad menggesa Pas menamatkan kerjasama dengan Umno, sebaliknya beralih menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar.

Khalid berkata, beliau menyambut baik cadangan bekas pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Rosli Yaakop agar parti Islam itu menyokong Anwar dan Pakatan Harapan (PH), meninggalkan Umno.

“Cukup sokong (Anwar), tetapi jika Pas mahu sertai (kerajaan), kita boleh pertimbangkan. Kita (Amanah) boleh bincangkan,” katanya pada sidang media.

Khalid dan Rosli pernah menjadi ahli Jawatankuasa Pimpinan Pas Pusat sebelum menyertai Amanah. Rosli kembali menyertai Pas pada Jun tahun ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat