Kenapa tidak maafkan Najib yang sengsara di penjara, tanya timbalan menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Budaya memaafkan di kalangan Melayu dan Islam nampaknya tidak diterapkan dalam kes pemenjaraan Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, ada ahli-ahli politik yang tidak sudah-sudah mahu melihat Najib seksa dan sengsara di Penjara Kajang.

“Kadangkala saya tak faham bahang kebencian politikus ini.

“Ada yang tak sudah-sudah mahu lihat Najib seksa dan sengsara di penjara.

“Tak cukupkah didera minda, fizikal dan semangatnya? soal Naib Presiden MCA itu di Twitternya pada Khamis.

Lian Ker malah mempertikai budaya bermaafan yang diamalkan oleh orang Melayu Islam selama ini tetapi tidak diguna pakai kepada Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana rasuah dan salah guna kuasa.

“Manalah budaya maaf-maafan orang Melayu dan Islam? katanya sebagai respons apabila pelbagai pihak mendesak agar kerajaan menjelaskan “layanan istimewa” yang diberikan kepada Najib.

Pun begitu, komen-komen yang ditinggalkan pengguna Twitter nampaknya mengecam kenyataan Lian Ker yang menegaskan rakyat terpaksa menanggung hutang akibat perbuatan rasuah Najib, malah ada yang berkata perbuatan Najib telah merosakkan masa depan negara dan juga ada yang berkata minda, jiwa dan semangat rakyat Malaysia lagi parah disebabkan perbuatan Najib sekeluarga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat