Lebih 3,000 jururawat kontrak dapat lantikan tetap – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lebih 3,000 jururawat kontrak akan diperakukan lantikan tetap dalm tempoh suku keempat tahun 2022 dan suku pertama tahun 2023.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dalam usaha menambah baik jaminan kerjaya kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta meningkatkan kualiti perkhidmatan, KKM dengan sukacitanya ingin mengumumkan sejumlah 1,136 Jururawat keluaran Institut Latihan KKM berstatus lantikan kontrak akan diperakukan ke pelantikan tetap dalam tempoh suku keempat tahun 2022 dan suku pertama tahun 2023.

Dalam pada itu ujarnya, proses perakuan pelantikan ke jawatan tetap bagi sejumlah 2,804 Jururawat swasta yang sebelum ini dilantik secara kontrak dan masih lagi berkhidmat di KKM bagi menyokong perkhidmatan kesihatan khususnya bersama-sama menangani isu pandemik Covid-19, akan dibuat secara berfasa kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Bagi Jururawat Gred U29 dan U32 yang memiliki kelayakan akademik ijazah sarjana muda kejururawatan, secara prinsipnya pegawai tersebut boleh dipertimbangkan pelantikan ke Gred U41 atau kenaikan pangkat ke Gred U42.

“Dalam hal ini, KKM sedang melaksanakan langkah-langkah seperti – menawarkan kenaikan pangkat ke Gred U42 kepada 110 Jururawat yang memiliki ijazah sarjana muda kejururawatan yang diiktiraf oleh kerajaan dan memenuhi syarat tempoh perkhidmatan sebagaimana syarat iklan. Tawaran ini melibatkan 50 Jururawat Gred U32 dan 60 Jururawat Gred U36. Tawaran ini akan dibuat pada 17 Oktober 2022.

“Sebanyak 49 jawatan Jururawat Gred U41/42/U44 lagi akan diisi menerusi pengambilan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang akan dilaksanakan pada suku pertama tahun 2023,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau menambah, KKM mengunjurkan sebanyak 226 jawatan Jururawat Gred U41/42/U44 diwujudkan dalam tempoh 2023 hingga 2025 iaitu – 63 jawatan pada tahun 2023; 125 jawatan pada tahun 2024; dan 38 jawatan lagi pada tahun 2025.

“Jumlah ini tidak termasuk unjuran pewujudan sebanyak 7,434 jawatan Jururawat Gred U29, Gred U32 dan Gred U36 dalam tempoh yang sama.

“Berdasarkan unjuran pewujudan sebanyak 226 jawatan Jururawat Gred U41/42/U44 ini, KKM akan menguruskan pelantikan tetap dan menawarkan kenaikan pangkat kepada pegawai yang layak mengikut tahun berkenaan,” ujarnya.

Khairy memberitahu, sementara itu dalam usaha memastikan penyampaian perkhidmatan di klinik ibu dan anak (KKIA) dan klinik desa yang cekap dan berkesan, KKM juga telah mengemukakan permohonan untuk memfleksikan jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19 kepada jawatan Jururawat
Masyarakat Gred U19/Jururawat Gred U29.

“Pindaan ini dibuat bagi membolehkan seramai 1,406 Jururawat Masyarakat Gred U19 yang telah lulus kursus Diploma Kejururawatan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ditawarkan pelantikan tetap dan kekal mengisi jawatan sedia ada sebagai Jururawat Gred U29.

“Sehingga kini, sejumlah 2,775 perjawatan Jururawat Masyarakat Gred U19 masih kosong dan permohonan untuk memfleksikan jawatan ini akan membolehkan jawatan tersebut diisi oleh graduan Jururawat dari Institut Latihan KKM mahupun swasta,” katanya.

Jelas Khairy lagi menerusi keputusan ini dan selari dengan peredaran masa serta keperluan fasiliti, jawatan Jururawat Masyarakat akan diwujudkan secara berperingkat.

“Jururawat Masyarakat sedia ada juga akan ditawarkan kursus Diploma Kejururawatan PSL yang dilaksanakan secara sepenuh masa dalam tempoh setahun.

“KKM menggalakkan Jururawat Masyarakat untuk mengikuti kursus Diploma Kejururawatan PSL supaya mereka boleh dipertimbangkan peningkatan dalam kerjaya sebagai Jururawat Gred U29.

“Walau bagaimanapun, sekiranya Jururawat Masyarakat yang tidak layak atau tidak mahu mengikut kursus ini, jawatan yang disandang akan terus dikekalkan hingga mereka meninggalkan jawatan tersebut,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat