Rayakanlah Hari Jumaat Sebagai Hari Makan Babi

- Advertisement -

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Biar dia hidup mati dengan babi

Memang kurang ajar apabila ada segelintir individu – netizen Cina – yang memperlekeh Kempen Hari Jumaat Hari Jawi dengan mempersenda, kononnya mereka juga mahukan Hari Jumaat Hari Makan Babi.

Jawapan saya mudah sahaja, silakan kempen hari makan babi, kalau berani.

Kalau suka sangat dengan babi, ternaklah babi depan rumah kamu, tidurlah dengan babi, makanlah babi sepuas-puaskan.

Peliknya, kenapa ternak babi di kawasan berhampiran perkampungan Melayu. Kenapa kamu tidak ternak babi dekat taman perumahan berhampiran rumah kamu. Kurang ajar.

Pergi buat kajian, ladang-ladang ternakan babi, semua jauh daripada kawasan perumahan mereka, tetapi, berdekatan dengan kawasan Melayu.

Sebagai seorang Cina Islam, saya menghormati hak orang bukan Islam untuk makan apa sahaja yang dia suka. Begitu juga hak babi untuk hidup sebagai makhluk ciptaan Allah.

Tetapi jangan kurang ajar, sehingga lupa sejarah, lupa dan tidak faham sensitiviti kaum Melayu dan sebagainya.

Kepada yang faham budaya dan cara hidup Melayu, babi itu bukan sahaja sensitif daripada segi babi itu sendiri, tetapi perkataan babi itu sendiri. Contoh, istilah gila babi. Orang Melayu boleh terima kalau kata ‘gila’ tetapi bukan ‘gila babi’.

Tidak ada salah dengan perkataan gila dan babi itu, kerana babi itu tetap makhluk Allah sama macam siput babi. Sebab, itu, dalam banyak banyak siput, siput inilah yang paling digerami.

Tetapi, bagi orang yang memahami Melayu, dia akan berhati-hati menggunakan perkataan yang ada kaitan dengan babi.

Hairan sungguh, kenapa bukan Melayu begitu berani mencabar sensitiviti orang Melayu, sedangkan orang Melayu begitu jarang membangkitkan sensitiviti bukan Melayu (Islam)?

Orang Melayu boleh menerima tulisan Cina dan Tamil yang begitu asing, sejak migrasi berlaku, sebelum merdeka sehingga merdeka, dan kini. Bukan sahaja terima tulisan, malah dengan sekolah-sekolahnya dibantu penuh oleh kerajaan. Mana ada dunia lain buat macam ini.

Peliknya, kenapa sukar sangat untuk menerima tulisan orang Melayu, tulisan jawi? Busuk hati sungguh ultra kiasu ini. Mereka tidak layak berada di sini.

Sepatutnya mereka yang membangkitkan isu hari babi, menghina jawi, dan sebagainya, dihalau sahaja keluar daripada negara tercinta ini.

Jika dahulu, ada orang Cina mahu menjual babi, sorok-sorok sahaja, sekarang jual babi terang-terangan. Orang Melayu tak banyak cakap, terima sahaja. Inilah hebatnya toleransi Melayu. Benarlah kata-kata, Melayu terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengumumkan Hari Jumaat sebagai ‘Hari Jawi’, dalam usaha mengekalkan dan memperkasa sebahagian tradisi serta kebudayaan yang membentuk Malaysia.

Bagaimanapun kebanyakan netizen Cina dengan biadab mengecam usaha Dr Zulkifli, selain mendakwa pelaksanaan itu disokong kuat anggota Kabinet MCA.

Isu tulisan Jawi turut mendapat tentangan parti politik apabila pemimpin ultra kiasu bertegas mahu menentang habis-habisan jika orang bukan Islam disuruh untuk mempelajari tulisan Jawi. Mereka berhujah, Perlembagaan Malaysia dengan jelas menetapkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara.

Nota: Penulis adalah merupakan Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan pandangan beliau tidak semestinya mewakili pendirian rasmi SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat