Dewan Rakyat: THP Catat Kerugian Sejak PH Ambil Alih

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Parit Buntar-PH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof terdiam setelah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary memperbetulkan kenyataannya yang kurang tepat menuduh hutang Tabung Haji Plantations Bhd (THP) ‘membengkak’ ketika zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

Ahmad Marzuk berkata, laporan kedudukan THP bermula 2015 sehingga 2017 mencatatkan keuntungan malahan laporan tersebut telah pun direkodkan dan dibentangkan di Parlimen di samping disahkan oleh Ketua Audit Negara.

Sebaliknya, beliau membuktikan bahawa THP mula mencatatkan kerugian semenjak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pada 2018.

“Pada tahun 2015 keuntungan THP dicatatkan RM18 juta, 2016 berjumlah RM127 juta dan 2017 mencatatkan keuntungan sebanyak RM60 juta. Bermula PH ambil alih 2018 kerugian dicatatkan sebanyak RM68 juta dan 2019 berjumlah RM245 juta.

“Kita memahami hutang menjadi beban THP tetapi semakan dibuat 75 peratus daripaa hutang THP adalah daripada Lembaga Tabung Haji maka dengan penjualan aset ini tidak akan menyelesaikan masalah jumlah hutang.

“Sebaliknya kena lakukan penstrukturan semula berkaitan dengan hutang-hutang membebankan terutamanya ‘cash flow’ THP,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu beliua turut menegaskan kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk membatalkan penjualan aset syarikat lTHP berikutan banyak perkara berkaitan yang perlu diteliti semula.

“Soalan penting di sini adalah mengapa terlalu tergesa-gesa menjual (anak syarikat THP) sedangkan harga komoditi yang merupakan instrumen utama kepada TH Plantations, sedang pulih,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) yang mahu mengetahui justifikasi atau kewajaran penjualan aset ladang oleh THP serta keluasan dan jumlah ladang yang telah dijual

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat