Saifuddin sahkan Zahid bercuti 2 minggu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang bercuti dua minggu.

Setiausaha Agung PKR itu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menemui Zahid tidak lama lagi bagi memuktamadkan rundingan beberapa kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi PRN di enam negeri.

“(Mereka akan berjumpa) apabila Zahid pulang dari cutinya. Zahid sedang bercuti,” katanya dalam wawancara di pejabatnya semalam, lapor FMT pada Khamis.

Saifuddin turut mengesahkan Zahid bercuti dua minggu dan pengerusi BN itu dijangka pulang ke tanah air dalam masa beberapa hari lagi.

Minggu lalu, Anwar menafikan khabar angin Zahid bercuti selama dua minggu.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, rundingan agihan kerusi dengan BN mudah, tidak seperti rundingan pembahagian kerusi PKR dengan PAS dahulu.

Katanya, beliau menganggotai jawatankuasa PKR untuk rundingan agihan kerusi bagi PRU sejak 1999 dan proses itu lebih rumit dahulu.

Beliau berkata, mudah berurusan dengan Umno kerana pemimpin BN lebih bersikap terbuka berbanding PAS yang cenderung membuka “laci bawah meja” apabila rundingan dianggap selesai.

“Yang paling penting apa dia? Sebaik anda bersetuju dengan sesuatu, jangan jadi pengkhianat. Dan dalam sejarah kita dengan PAS, berlaku pengkhianatan oleh PAS.

“(Pada PRU 2013) kami kalah di kerusi DUN Kota Damansara. Calon kami kalah kerana PAS memutuskan untuk meletakkan calon di situ dan Umno menang,” katanya merujuk PKR, PAS dan DAP menjadi sekutu dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, hubungan dengan parti Islam itu jauh lebih baik ketika ia diterajui pemimpin seperti Allahyarham Nik Aziz Nik Mat, Fadzil Noor dan Haron Din.

Saifuddin berkata, PAS yang diketuai Abdul Hadi Awang bukan parti dikenalinya kerana pemimpinnya mengambil laluan agama dan menyamakan perbezaan politik dengan pertikaian agama.

Katanya, lebih baik Perikatan Nasional berkempen menentang kerajaan berdasarkan dasar dan program berbanding menggunakan royalti, kaum atau agama (3R).

Tetapi, beliau menjangkakan isu 3R akan dimainkan pembangkang khasnya menjelang PRN di enam negeri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat