Rayuan Rosmah cabar kes solar ditolak mahkamah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan cabaran undang-undang untuk membatalkan kes rasuah terhadapnya yang dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.

Panel tiga hakim yang bersidang, dipengerusikan oleh Hakim Hanipah Farikullah sebulat suara menolak permohonan supaya isteri kepada bekas perdana menteri yang dipenjarakan Najib Razak meneruskan semakan kehakimannya yang mencabar kesahihan pelantikan ketua pendakwa raya kes solar, mendiang Gopal Sri Ram.

Prosiding hari ini ditetapkan buat panel hakim – yang turut diketuai oleh Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali dan See Mee Chun – untuk menyampaikan keputusannya berhubung rayuan Rosmah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (bidang kuasa sivil) Kuala Lumpur pada 30 Ogos tahun lepas.

Pada 1 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi (bidang kuasa jenayah) Kuala Lumpur mensabitkan Rosmah bersalah dalam kes rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta.

Bagaimanapun, dia memperoleh penangguhan pelaksanaan terhadap hukuman itu, dan rayuan jenayahnya yang berasingan terhadap keputusan bersalah berkenaan ditetapkan untuk dibicarakan di hadapan Mahkamah Rayuan pada 11 Julai (perbicaraan pada mulanya ditetapkan untuk pendengaran pada bulan Jun sebelum tarikh itu dikosongkan).

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan Rosmah membayar kos RM10,000 kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan kerajaan, kedua-dua responden dalam rayuan itu.

Semasa prosiding dalam talian pagi ini, See membacakan keputusan bagi pihak panel hakim, memutuskan semakan kehakiman Rosmah difailkan di luar masa di Mahkamah Tinggi.

“Tiada merit dalam rayuan ini,” kata See lapor Malaysiakini.

Berdasarkan undang-undang, semakan kehakiman mesti difailkan dalam tempoh tiga bulan selepas pemohon mengetahui tentang keputusan pihak berkuasa yang dipertikaikan (yang cuba dicabarnya di mahkamah).

Pasukan peguam Rosmah antara lain terdiri daripada peguam Akberdin Abdul Kader dan Jagjit Singh.

Peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan dan Liew Horng Bin hadir untuk AGC dan kerajaan.

Rosmah tidak hadir semasa prosiding mahkamah sivil hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat