Infrastruktur jalan raya Pahang akan dinaik taraf – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menerima kunjung hormat Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad dan Pengurusan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di pejabatnya di Kuantan hari ini.

“Dalam pertemuan ini pelbagai perkara dibincangkan terutamanya untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur jalan raya untuk rakyat di negeri ini.

“Semoga apa yang dibincangkan ini dapat dilaksanakan dengan berjaya demi kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Pahang,” ujarnya ringkas dalam kenyataan di Facebook pada Khamis.

Dalam Belanjawan 2023 Negeri Pahang, Wan Rosy mengumumkan pembangunan infrastruktur yang mampan membabitkan penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, jaringan jalan raya yang lengkap dan sistematik, dan kediaman yang selamat untuk rakyat Pahang.

Antara inisiatifnya ialah memenuhi keperluan bekalan air, pembangunan luar bandar, menaik taraf jalan dan juga menaik taraf kemudahan pengairan dan saliran.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat