Kerajaan PH Tumbang Sebab Anwar, Bukan Orang Lain – Khairuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Antara faktor utama kerajaan Pakatan Harapan(PH) tumbang sebelum menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 adalah disebabkan oleh Anwar Ibrahim.

Demikian menurut pengasas bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Khairuddin yang juga memainkan peranan penting dalam pembentukan gabungan Pakatan Harapan sebelum PRU-14 berkata, barisan kabinet kerajaan PH sukar memberikan tumpuan terhadap dasar-dasar atau pentadbiran kerajaan kerana terpaksa memberi perhatian kepada Anwar Ibrahim yang sentiasa campur tangan dalam urusan kerajaan.

Tambahnya, Presiden PKR itu hampir setiap masa membuat desakan kepada kerajaan PH untuk mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad membuat peralihan kuasa, menyerahkan jawatan perdana menteri kepadanya.

“Tumbangnya kerajaan PH bukan salah sesiapa tapi orang yang bertanggungjawab menjatuhkannya adalah anwar ibrahim serta para penyokong bangangnya.

“Kabinet PH tidak boleh tumpu untuk bekerja kerana politik dalaman anwar ibrahim yang gemar main politik baling batu sorok tangan serta pecah dan perintah.

“Mereka telah merancang sepanjang masa untuk beri tekanan pada tun dr mahathir mohamad untuk berundur dan akhirnya anwar ibrahim ambil alih teraju kepimpinan negara,” katanya.

Namun, Anwar tidak sedar bahawa beliau merupakan ahli politik yang sudah tidak relevan dalam kancah politik tanah air, jelas Khairuddin.

Semalam, Anwar Ibrahim mengiktiraf kerajaan PH yang tumbang pada dua bulan lepas, jauh lebih baik berbanding dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini, dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Walau bagaimanapun, menurutnya kerajaan PH ketika itu sedikit lambat dalam membuat beberapa keputusan dalam kerajaan.

“Kelemahaannya ialah kerana kita menangguh beberapa keputusan yang kita patut tunaikan dengan baik.

“Dan juga keresahan rakyat terutama yg merasakan mereka tidak diberi pembelaan secukupnya.

“Tapi ini tidak boleh kita bandingkan dengan kedudukan BN ataupun PN kerana PH sebagai sebuah kerajaan telah memulakan beberapa perubahan institusi reform yang jauh lebih baik dari sebelumnya,” katanya.

Khairuddin ketika dihubungi SuaraTV berkata, ketika Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri sebelum ini, dengan segera juga ketika itu, sekumpulan pemimpin-pemimpn politik merancang untuk menyekat kemaraan Anwar Ibrahim untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri.

Perkara ini membuktikan bahawa ramai pemimpin politik tanah air sudah jemu dengan cara politik yang ditunjukkan oleh Anwar.

“Inilah yang sedang berlaku pada hari ini!! Parti umno, Pas dan GPS sama sekali bertegas tidak boleh terima anwar ibrahim sebagai ketua negara.

“Pada hemat peribadi saya semua dalam PN amat menyayangi tun dr mahathir mohamad!! Sebab itu sehingga kini pemimpin-pemimpin PN masih memujuk tun dr mahathir mohamad untuk bergabung dengan mereka.

“Amat jelas mereka menolak kepimpinan serta keperibadian anwar ibrahim dan tak mahu sama sekali anwar ibrahim menjadi perdana menteri Malaysia.

“Natijah daripada permainan politiking dalaman anwar ibrahim dalam PH akhirnya ‘backfire’ diri mereka sendiri dan mengakibatkan kejatuhan kerajaan PH secara keseluruhan,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat