Penari ‘BoogieStorm’ Dipenjara Kerana Aktiviti Seksual Dgn Kanak2 Lelaki

- Advertisement -

BRITAIN: Christopher Gittins, salah seorang penari kumpulan BoogieStorm yang mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Britain Got Talent (BGT) pada tahun 2016, dijatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun 9 bulan setelah mengaku bersalah ke atas 6 pertuduhan mengadakan aktiviti seksual dengan seorang kanak-kanak lelaki.

Boogiestorm dikenali ramai apabila tampil menari sambil memakai pakaian watak popular filem Star War, Stormtrooper dalam pertandingan berkenaan.

Selain hukuman penjara, nama Gittins juga didaftarkan dibawah senarai pesalah seksual buat selama-lamanya.

Perbuatan Gittins, 29 tahun terbongkar selepas ibu kanak-kanak lelaki berkenaan terbaca mesej Facebook yang dihantar Gittins kepada anaknya.

Mahkamah diberitahu Gittins secara berterusan menghantar mesej kepada kanak-kanak tersebut ketika mabuk dan budak lelaki itu memberitahu pegawai polis, dia dan Gittins melakukan aktiviti seksual di sebuah kawasan simpanan semulajadi dan juga di Powis Caste di Welshpool.

Berikutan wabak Coronavirus di England, perbicaraan Grittins diadakan secara persidangan video – Daily Mirror

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat