Covid-19: Thai Perkenal Pedal Kaki Pada Lif Elak Sebaran Virus

- Advertisement -

BANGKOK – Sebuah pusat membeli-belah di Thailand memperkenalkan pedal kaki bagi menggantikan butang pada lif seperti kelazimannya bagiengelakkan penyebaran virus Covid-19.

Inovasi itu mendapat pujian bukan sahaja di kalangan pelanggan pusat membeli-belah tersebut, malah menarik perhatian seluruh dunia.

Video yang dimuat naik oleh Reuters berkenaan perkara itu turut mendapat perkongsian yang banyak meskipun hanya beberapa jam mula disiarkan.

Warga net yang menonton rakaman video berkenaan turut berharap agar sistem tersebut dapat diperkenalkan lagi secara meluas, terutama ketika dunia menjalani kehidupan dalam norma baharu ketika ini.

“Malaysia patut buat macam ini juga di semua rumah kediaman bertingkat, bangunan-bangunan pejabat dan pusat membeli-belah,” kata seorang pemilik akaun Youtube di ruangan komen pada video tersebut yang dipercayai merupakan warganegara Malaysia.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebelum ini mengingatkan agar seluruh dunia bersiap sedia bagi menjalani norma baharu dall kehidupan seharian.

Ia berikutan pengeluaran vaksin bagi membendung Covid-19 ini yang masih memerlukan masa untuk disiapkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat