Kalau Klip Itu Disunting, Berilah Versi Yg Tidak Disuntingnya

- Advertisement -

Email Pembaca

RAKYAT sudah agak, bila sesuatu kontroversi muncul berkaitan klip video atau audio, ayat seperti “klip itu disunting”, “saya cakap macam itu tapi tak maksudkan begitu”, macam saya tapi bukan saya” dan seumpamanya, akan terpacul.

Itu kalau tidak dinafikan sepenuhnya walaupun jelas muka dia, suara dia dalam tu.

Ini biasa dalam dunia politik kita, masak sangat dah.

Seperti klip video/audio yang tersebar baru-baru ini, pun sama jugak lah. Ada penafian kononnya telah disunting. Peliknya, kalau dakwa yang itu sudah di edit (sunting), kenapa cabar orang lain pulak bawak keluar klip yang penuh, kamulah keluarkan.

Kan senang tak panjang cerita, tak gitu?

Klip sama yang mula-mula tu rakyat yakin dah sebab bukan saja ada audio (yang dakwa disunting itu) tapi turut dimasukkan sekali rakaman video bekas kepimpinan tinggi parti bahawa memang betul ada keputusan dibuat untuk keluar pakatan.

Presiden parti berkenaan pun dah sahkan kelmarin, selari dengan isi kandungan video/audio berkenaan bahawasanya memang ada keputusan untuk keluar.

Justeru, nak goyah keyakinan ini, kena ada bukti yang lebih kukuh, setakat cabar orang lain keluarkan klip penuh, itu politiking namanya dan politiking tak bawa ke mana.

Dia samalah seperti menuduh Perikatan Nasional (PN) tidak cukup majoriti tapi dia sendiri pun tak bawa senarai yang cukup majoritinya.

Apa sekali bila parlimen bersidang, situ pun dah nampak memang puak dia tak cukup majoriti – sekalipun seorang dari Sarawak kemudian kata pendiriannya lain tapi dah kerusi diletak disitu, dia duduk sajalah.

Tapi itu masih tak mengubah apa-apa, yang pentingnya, masih tak cukup majoriti jugak. Jadi yang dari sejak Mac dakwa ada majoriti tu apa dia? Tipu? Bohong? Permainkan rakyat?

Sudah-sudahlah tu.

Dari awal perkara ini bermula pun dah macam-macam versi ada. Kejap kata Najib punca, kejap kata hilang sokongan parti sendiri punca (takdak bukti pun), kejap kata Muhyiddin punca, apa semua ni?

Ini bukan kemalangan kapal terbang, ini politik. Politik perlu apa banyak banyak punca, satu punca pun dah cukup – letak jawatan secara tiba-tiba tanpa berunding dengan kawan-kawan sesama pakatan contohnya.

Kami rakyat bosan dah. 22 bulan memerintah, takdak apa pun untuk rakyat yang lebih baik dari kerajaan BN dulu. Ditarik, dikurangkan lagi ada.

Janji macam-macam segala bulan dan bintang, manifesto berkajang-kajang tapi bila laksana, sehelai pun mungkin, itupun tak penuh.

Nasarudin Ali
Machang

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat