“Rindu Masakan Mak”, Antara Alasan Remeh Rentas Negeri

- Advertisement -

KUANTAN – Polis Pahang menolak hampir 1,000 permohonan untuk merentas negeri dalam tempoh 48 jam lalu berikutan alasan remeh dan kebudak-budakan yang diberikan pemohon.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, polis tidak akan berkompromi dengan semua alasan tidak munasabah itu berikutan negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, dalam tempoh itu polis menerima 1,790 permohonan permit rentas negeri namun daripada jumlah itu hanya 820 diluluskan.

“Saya pun tak faham kenapa mereka beri alasan tidak munasabah dengan harapan apabila beratur panjang maka polis akan bersimpati. Antara alasan tu seperti tidak pernah tak beraya di kampung, rindu masakan mak dan ada yang kata kali pertama tidak beraya di kampung.

Katanya, keputusan berkenaan dibuat susulan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini bahawa polis tidak lagi memberi kebenaran merentas negeri kecuali kes tertentu, berkuatkuasa serta-merta

Justeru katanya, orang ramai tidak perlu lagi hadir ke balai polis atau Stadium Darul Makmur untuk membuat permohonan permit kerana dibekukan sehingga dimaklumkan kelak.

Menurutnya, sekatan jalan raya di sembilan laluan sempadan antara negeri dan sembilan daerah juga diperketatkan.

Mereka yang tidak mempunyai kebenaran merentas negeri akan diarah berpatah balik dan boleh didenda sehingga maksimum RM1,000 di bawah

Tindakan tegas ini dilakukan bagi menyekat penularan covid-19 – Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat