Syarikat I-Soon milik China didakwa mampu ceroboh sistem kerajaan asing

- Advertisement -

BEIJING – Sebuah firma keselamatan teknologi China didakwa mampu menerobos sistem kerajaan asing, media sosial atau menggodam komputer peribadi.

Lapor AFP, ia satu analisis yang dijalankan pakar terhadap kemungkinan berlaku kebocoran data besar-besaran dilakukan firma berkenaan.

Berdasarkan koleksi dokumen daripada I-Soon, sebuah firma kontraktor swasta yang bersaing untuk mendapatkan kontrak kerajaan China, terbukti bahawa penggodamnya berjaya menjejaskan sistem dimiliki puluhan kerajaan asing.

Perkara itu didedahkan firma keselamatan siber, SentinelLabs dan Malwarebytes.

Menurut penyelidik SentinelLabs semalam, I-Soon juga didakwa melanggar struktur demokrasi di bandar separa autonomi China di Hong Kong, universiti dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Mengikut data bocor yang kandungannya tidak dapat disahkan kesahihannya oleh AFP, dokumen itu disiarkan minggu lalu menerusi repositori perisian dalam talian dikenali sebagai GitHub oleh individu tidak dikenali.

“Kebocoran itu memberi beberapa butiran paling konkrit yang dilihat secara terbuka setakat ini, mendedahkan sifat matang ekosistem pengintipan siber China,” kata penganalisis SentinelLabs.

Dalam satu kenyataan berasingan semalam, Malwarebytes pula mendakwa bahawa I-Soon setakat ini didapati menggodam sistem pejabat kerajaan di India, Thailand, Vietnam dan Korea Selatan.

Berdasarkan tinjauan, laman sesawang I-Soon tidak boleh diakses pagi ini.

Mengikut petikan arkib internet laman sesawang itu, firman berkenaan berpangkalan di Shanghai dengan anak syarikat serta pejabatnya terletak di Beijing, Sichuan, Jiangsu dan Zhejiang.

Penganalisis mendakwa, fail maklumat itu mengandungi butiran seperti transkrip perbualan, pembentangan dan senarai sasaran.

Perkhidmatan yang ditawarkan firma itu termasuk menggodam akaun individu di platform media sosial X, memantau aktiviti, membaca mesej peribadi dan menghantar siaran.

Ia juga menerangkan bagaimana cara penggodam dari firma itu boleh mengakses dan mengambil alih komputer seseorang itu dari jauh, membolehkan mereka melaksanakan arahan serta memantau apa yang mereka taip.

Perkhidmatan lain termasuk cara untuk menggodam iPhone keluaran Apple dan sistem pengendalian telefon pintar jenama lain serta perkakasan langganan, selain pengecas bateri mudah alih yang dikatakan boleh mengekstrak data daripada peranti dan kemudian menghantarnya kepada penggodam.

Dengan kebocoran maklumat itu, ia mendedahkan I-Soon sedang membida kontrak di wilayah barat laut China, Xinjiang di mana Beijing dituduh menahan ratusan ribu penduduk di situ, sebahagian besarnya umat Islam.

“Syarikat itu menyenaraikan sasaran berkaitan keganasan lain yang digodam syarikat sebelum ini, sebagai bukti keupayaan mereka untuk melaksanakan tugas termasuk menyasarkan pusat memerangi keganasan di Pakistan dan Afghanistan,” kata penganalisis SentinelLabs.

Data yang bocor itu juga mendedahkan bayaran yang diperoleh oleh penggodam termasuk AS$55,000 (RM263,595) daripada aktiviti penggodaman sistem kementerian kerajaan Vietnam.

Sementara itu, China menafikan dakwaan itu dengan menyifatkan sebagai tidak berasas dan ia didakwa menunjukkan sejarah pengintipan siber Amerika Syarikat (AS) sendiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat