UANTAN: Dua buah motor RXZ akan menjadi hadiah cabutan utama sempena Program RXZ Fighter di Kuantan, kata Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan kerajaan Negeri Pahang, YB Fadzli Mohamad Kamal.
Menurutnya, program ini akan berlangsung pada 1-2 Mac depan bertempat di Perkarangan Serambi Teruntum, Kuantan, bermula dari jam 9.00 pagi – 7.00 petang.
Selain itu katanya lagi, sebuah Ducati Panigale V4S akan turut juga menjadi rebutan peminat permotoran dari seluruh negara.
“Dua motor RXZ ni akan jadi hadiah cabutan utama sempena event RXZ Fighter di Kuantan, Pahang pada 1 & 2 Mac ni.
“Selain RXZ ni, sebuah Ducati Panigale V4S akan turut menjadi rebutan peminat permotoran dari seluruh negara di event yang julung-julung kali diadakan ini.
“Korang nyala ke tak nyala ni?
‘Let’s jom”, katanya menerusi kenyataan ringkas Facebooknya. -SUARATV