Vaksin Percuma Kepada PATI Atas Dasar Kemanusiaan

- Advertisement -

MALAYSIA antara negara yang berusaha mendapatkan bekalan vaksin secepat mungkin.

Hasilnya, kerajaan berjaya membeli vaksin Pfizer-Biontech yang kemudian akan diberi secara percuma kepada hampir 80 peratus penduduk Malaysia.

Fasa pertama suntikan vaksin COVID-19 akan dilaksanakan bermula 26 Februari ini dengan petugas kesihatan, anggota barisan hadapan dan Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menjadi antara kelompok awal.

Pelaksanaan suntikan vaksin COVID-19 tidak terhad kepada warganegara, sebaliknya kerajaan mengumumkan pengagihan percuma akan turut meliputi bukan warga negara, termasuk pendatang tanpa izin (PATI).

Pemberian vaksin COVID-19 percuma kepada PATI turut dilaksanakan di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Antara persamaan lain adalah jaminan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa untuk tidak menahan PATI yang menerima suntikan vaksin.

Pemberian vaksin COVID-19 percuma kepada PATI penting untuk memberi perlindungan kesihatan kepada golongan ini, dengan membentuk sistem kekebalan tubuh badan yang mampu mempercepatkan lagi pemulihan penularan penyakit COVID-19 dalam negara.

Menyoroti sejarah pemberian vaksin percuma kepada PATI, ia pernah dilaksanakan ketika penularan polio di Sabah pada Disember 2019.

Sehubungan itu, kerajaan mengambil pendekatan memberi vaksin polio percuma bukan sahaja kepada warga tempatan, tetapi turut meliputi PATI di negeri itu.

Ancaman penularan jangkitan COVID-19 oleh PATI antara penyumbang utama peningkatan kes positif COVID-19 di negara ini.

Antara contoh kes penularan COVID-19 membabitkan PATI seperti Kluster Benteng Lahad Datu di Sabah yang berpunca oleh tahanan PATI yang cuba menceroboh sempadan negara.

Kesannya, ia menjangkiti warga tempatan serta membentuk rantaian kluster COVID-19 sehingga merebak kepada generasi ketiga.

Selain itu, risiko penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan PATI dipengaruhi faktor kebersihan diri dan persekitaran.

Tahap kebersihan diri dalam kalangan PATI sangat rendah, malah kebanyakan warga asing juga menetap di persekitaran seperti setinggan yang sempit dan kotor.

Tahap kesedaran sivik mereka juga rendah, selain tabiat tidak sihat dalam kalangan PATI menunjukkan golongan itu kurang prihatin akan kebersihan persekitaran rumah didiami.

Sampah sarap dibuang merata-rata menyebabkan pencemaran persekitaran seperti longkang, pantai, laut dan sungai, selain penempatan golongan ini juga tidak mempunyai sistem sanitasi yang baik.

Kesimpulannya, penularan pandemik COVID-19 oleh golongan PATI mengubah landskap ancaman daripada aspek keselamatan kepada aspek kesihatan.

Pemberian vaksin COVID-19 secara percuma kepada PATI menggambarkan kerajaan melindungi dan menyantuni hak kemanusiaan dengan tidak mengam- bil kira latar belakang kewarganegaraan.

Yang penting, matlamat untuk mencegah penularan penyakit COVID-19 tercapai, pada masa sama melindungi kesihatan dan keselamatan orang awam.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat