Saif, Kareena timang anak lelaki kedua

- Advertisement -

Mumbai: Pelakon terkenal Bollywood, Kareena Kapoor selamat melahirkan bayi lelaki, semalam, hasil perkahwinan dengan pelakon Saif Ali Khan yang juga cahaya mata kedua mereka.

“Kami dikurniakan seorang bayi lelaki. Kareena dan anak kami selamat dan dalam keadaan sihat. Terima kasih atas doa dan sokongan anda,” kata Saif.

Menurut Times of India, Kareena melahirkan anak keduanya pada jam 8.30 pagi waktu tempatan di Pusat Perubatan Breach Candy di Mumbai.

Selain Saif, turut berada di hospital menemani ialah anak sulung mereka, Taimur Ali Khan bersama keluarga Kareena iaitu ibu, Babita Kapoor dan bapa, Randhir Kapoor serta kakaknya Karisma Kapoor.

Randhir Kapoor dalam kenyataannya kepada Bombay Times berkata, anak dan cucunya berada dalam keadaan baik.

“Saya belum melihat cucu, tapi saya sempat berbual dengan Kareena yang memaklumkan perkara ini.

“Saya amat bahagia sebenarnya l menjadi datuk lagi. Saya tak sabar melihat si kecil itu dan mendoakan kesejahteraannya,” katanya.

Terdahulu, pada Ogos lalu Kareena dan Saif mengumumkan bahawa mereka akan menimang cahaya mata kedua. Anak pertama, Taimur lahir pada 2016.

Biarpun hamil anak kedua, Kareena Kapoor masih aktif bekerja seperti biasa. Dia berkunjung ke New Delhi untuk penggambaran projek filemnya yang membabitkan Aamir Khan.

Bahkan, Kareena juga dilihat berkunjung ke Dharamsala, lokasi filem terbaharu suaminya berjudul Phone Bhoot. Pasangan Saif dan Kareena berkahwin pada 2012.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat