2,192 Jangkitan Baru Covid-19, Enam Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 2,192 kes menjadikan jumlah kemumulatif kes di negara ini iaitu 285,761 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Selangor kembali mencatatkan kes harian tertinggi hari ini iaitu 910 kes atau 41.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 742 kes (81.5 peratus) adalah daripada kluster sedia ada dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Kuala Lumpur dengan 303 kes baharu (13.8 peratus) dan Sarawak sebanyak 221 kes (10.1 peratus).

“Sebanyak 109 kes (5.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di dalam penjara dan depot tahanan imigresen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara kluster tahanan yang mencatatkan pertambahan kes hari ini ialah Tembok Tapah (39 kes), Tembok Bendera (26 kes), Penjara Jalan Harapan (25 kes) dan Tembok Pengkalan Chepa (sembilan kes).

Turut mencatatkan pertambahan ialah Kluster Tembok Bukit Besi (enam kes), Kluster Tembok Taiping (dua kes) dan masing-masing satu kes dalam Kluster Tembok Sungai Udang dan Kluster DTI Sepang 2.

“Hingga kini seramai 199 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 91 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 32,076 kes,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, hari ini terdapat enam kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian disebabkan oleh COVID-19 di negara ini sebanyak 1,062 kes.

Kes kematian hari ini membabitkan lima warganegara dan seorang warga asing berusia antara 17 hingga 84 tahun dan kebanyakan mereka mempunyai pelbagai penyakit kronik.

Di Selangor dua kes kematian dilaporkan dan masing-masing satu di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu mengenai lapan kluster baharu yang dikesan hari ini, Dr Noor Hisham berkata, tujuh daripadanya berpunca di tempat kerja manakala satu kluster adalah dalam kalangan komuniti.

“Kluster dalam komuniti yang dikesan ini dikenali sebagai Kluster Emperoh Jambu membabitkan daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak.

“Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-271,927) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari lalu hasil saringan kendiri. Kluster ini membabitkan satu majlis pengebumian di Kampung Emperoh Jambu, Padawan, Samarahan yang berlangsung di antara 3 hingga 5 Februari lalu,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, hingga kini seramai 337 individu sudah disaring dan 60 daripadanya dikesan positif COVID-19.

Bagi kluster di tempat kerja, Dr Noor Hisham berkata ia dikenali sebagai Kluster Tapak Bina Lombong Timah di beberapa daerah di Selangor seperti Kuala Langat, apetaling dan Klang serta sudah menjangkiti 45 kes.

“Ia diikuti Kluster Tapak Bina Jalan Kota (Gombak) menjangkiti 11 kes; Kluster Pasar Jalan Putra (Petaling) menjangkiti sembilan kes dan Kluster Tapak Bina Sungai Batu (Kepong) serta menjangkiti 25 kes.

“Kluster lain ialah Kluster Sungai Bakong (Maradong, Sarawak) menjangkiti 22 kes; Kluster Hilir Sungai Kluang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Barat Daya, dan Timur Laut di Pulau Pinang) dan menjangkiti 41 kes,” katanya.

Kluster terakhir yang dikesan hari ini, Dr Noor Hisham berkata Kluster Industri Sungai Gaduy (Seremban, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan) yang sudah menjangkiti 65 kes.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini sebanyak 3,414 kes sembuh dilaporkan. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah sebanyak 252,623 kes. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat