Zahid disyor letak jawatan elak UMNO dibuli Bersatu, PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kegagalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menguruskan parti dan persepsi yang dibayangi kes-kes mahkamahnya menyebabkan UMNO mudah ‘dibuli’ oleh saingan politiknya, Bersatu, Pas atau lain-lain.

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, Presiden UMNO itu juga perlu melepaskan jawatan dan meninggalkan tanggungjawab sekiranya difikirkan tidak lagi mampu menguasai ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.

“Dia keterlaluan menjadikan kuasa sebagai matlamat parti akhirnya menjadikan UMNO hilang arah tuju.

“Kesannya dilihat sebagai tidak berpendirian dan mudah dipergunakan oleh parti-parti saingan politik sama ada Bersatu, Pas dan lain-lain,” katanya memetik laporan Astro Awani

Sebelum ini, Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan UMNO menafikan laporan berita bahawa MT membuat keputusan menolak kerjasama antara Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang.

Jelas JKS, laporan yang dibuat media mengenai penolakan kerjasama itu tidak betul dan ibu pejabat UMNO menandang serius dakwaan berkenaan.

Dalam pada itu kata Ahmad Tajuddin, Zahid harus berdepan apa jua pendakwaan di mahkamah sebagai cabaran demi survival UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika menolak kerjasama PN termasuk memutuskan hubungan dengan Muafakat Nasional (MN).

“Ahmad Zahid perlu membuat pilihan untuk BN terus bergerak ke hadapan, dan pada masa sama menegaskan pendirian UMNO dan BN berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) secara bersendirian,” katanya.

Ujarnya lagi, Ahmad Zahid perlu juga menerangkan arah tuju UMNO yang sebenarnya.

“Apakah pembentukan UMNO pada tahun 1946 hanya merupakan pertubuhan untuk mendapatkan kuasa atau ianya permulaan kepada satu pembangunan tamadun Melayu, penerusan daripada apa yang telah dimulakan oleh Raja-raja Melayu dan pimpinan Melayu sebelum dan semasa zaman penjajah,” ujarnya.

Ahmad Zahid sebelum ini mendedahkan bahawa pembentukan kerajaan PN hanyalah berdasarkan jumlah majoriti satu undi sahaja.

Katanya, ketika pembentukannya, kerajaan PN hanya didukung seramai 113 orang ahli Parlimen.

Menurutnya, untuk membentuk kerajaan, ia memerlukan sekurang-kurangnya 112 ahli Parlimen. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat