Tiga Bekas Adun Punca Kejatuhan Kerajaan Melaka Tewas Dalam PRN

- Advertisement -

CYBERJAYA – Tiga daripada empat Adun yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri dari BN pada Oktober lalu, sehingga membawa kepada PRN diadakan, tewas hari ini berdasarkan kiraan tidak rasmi, lapor Malaysiakini.

Norhizam Hassan Baktee atau YB Viral yang bertanding sebagai calon bebas gagal mempertahankan kerusi Pengkalan Batu apabila setakat ini hanya meraih 1,218 undi.

Kerusi itu dimenangi BN dengan 4,839 undi. Manakala PH meraih 4,708 undi, diikuti PN 2,681 undi sahaja.

Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron yang bertanding sebagai calon PKR (PH) pula kalah besar di Asahan apabila hanya meraih 1,344 undi. Calon BN Fairul Nizam Roslan, yang merupakan muka baru, menang dengan 4,816 undi.

Seorang lagi bekas Adun UMNO, Noor Azman Hassan yang kali ini bertanding di bawah tiket Amanah (PH) turut gagal mempertahankan kerusi Pantai Kundor apabila meraih 2,799 undi. Kerusi itu dimenangi BN dengan perolehan 3,960 undi.

Seorang lagi bekas wakil rakyat dari Bersatu yang menarik sokongan iaitu Noor Effandi Ahmad pula tak bertanding kali ini, kata laporan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, keputusan keseluruhan menyaksikan BN menang PRN Melaka dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 20 kerusi setakat ini, meningkat ketara berbanding 13 kerusi sebelum ini.

PH menang di 5 kerusi, empat menerusi calon DAP dan satu lagi dimenangi calon Amanah, sementara PN beroleh 2 kerusi sahaja menerusi calon Bersatu.

UMNO sebagai komponen utama BN merekodkan pencapaian terbaik apabila menambah 4 kerusi menang kepada 17 kerusi DUN berbanding hanya 13 yang dimenangi pada PRU14 lalu.

Manakala PKR selaku parti komponen utama PH dan dua komponen utama PN iaitu PAS dan Gerakan setakat ini gagal menang sebarang kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat