Terima Kasih Melaka Beri Peluang BN Berkhidmat – Najib

- Advertisement -

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak menyifatkan Melaka di bawah kepemimpinan calon Ketua Menteri Barisan Nasional (BN) akan bertambah baik, stabil dan makmur selepas pengundi negeri itu memilih BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata, sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), beberapa siri pilihan raya telah diadakan iaitu Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis, Chini, Slim dan kini Melaka.

Katanya, meskipun satu pilihan raya yang sebenarnya tidak perlu diadakan dan terpaksa dibuat, namun terpaksa kerana Pakatan Harapan (PH) berkomplot dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menarik sokongan daripada kerajaan negeri sebelum ini.

“Rakyat telah bersuara dan membuat pilihan. Rakyat juga telah menghantar mesej jelas.

“Rakyat memilih kestabilan demi kemakmuran. Kepada semua rakyat negeri Melaka, terima kasih.

“Terima kasih kerana memberi peluang kepada BN memimpin dan berkhidmat untuk saudara-saudari,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam ini.

Terdahulu, PRN Melaka menyaksikan BN kembali membentuk Kerajaan Negeri Melaka selepas memenangi 20 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi setakat 10 malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan BN menambah tujuh kerusi, berbanding 13 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Menteri dijangka mengangkat sumpah dalam satu majlis di Dewan Seri Utama, pejabat Yang Dipertua Negeri, Mohd Ali Rustam pada pukul 1 tengah hari. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat