Hamzah akan bertemu satu lawan satu lawan PBK di kerusi DUN N.17 Stakan

KOTA SAMARAHAN – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Stakan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) sebaik pusat penamaan calon ditutup pukul 10 pagi tadi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.17 Stakan Rais Ahmad mengumumkan dua orang calon sah bertanding untuk kerusi berkenaan ialah Datuk Hamzah Brahim dari GPS dan Atet Anak Dego dari PBK.

Kira-kira 100 orang penyokong GPS berkumpul di hadapan Pusat Penamaan Calon DUN N.17 Stakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa di Sungai Jernang di sini memberi sokongan kepada Hamzah manakala tiada penyokong bagi parti PBK kelihatan.

Hamzah merupakan Ketua Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Fadillah Yusof.

Ketika ditemui pemberita beliau berasa syukur proses demokrasi hari penamaan calon selesai dengan baik dan berharap kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 akan berterusan sehingga hari mengundi pada 12 Disember depan.

Ketika mengulas tentang beberapa kerusi yang dimenangi GPS tanpa bertanding, Hamzah berkata beliau mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan GPS yang tidak berdepan pertandingan nanti tetapi menerima dengan hati terbuka pertandingan dua penjuru yang akan dihadapi beliau.

“Saya menerima dengan hati terbuka pertandingan ini kerana ini adalah proses demokrasi,” katanya.

Hari mengundi awal PRN Sarawakan akan diadakan pada 8 Disember manakala hari mengundi ditetapkan pada 12 Disember depan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat