“Tuan Perdana Menteri, sila berhenti melayan setiap kehendak banduan itu” – A. Kadir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta tidak terlalu ‘memanjakan’ Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan pecah amanah, salah guna kedudukan dan penggubahan wang haram dan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Tokoh wartawan, Datuk A. Kadir Jasin menggesa Perdana Menteri berhenti daripada melayani setiap kehendak Najib yang kini berstatus banduan.

“Tuan Perdana Menteri, sila berhenti melayan setiap kehendak banduan itu,” tegasnya.

A. Kadir malah mengingatkan Ismail Sabri bahawa Najib pernah berada di kerusi Perdana Menteri namun beliau mensia-siakan kedudukan itu dengan berlaku songsang terhadap amanah yang dipikulnya.

“Dia (Najib) pernah duduk di atas kerusi yang kamu duduki tetapi dia mensia-siakannya! katanya lagi.

Najib hari ini disahkan sedang menjalani rawatan dan pemantauan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) selepas keluar dari Hospital Kuala Lumpur.

Sejak dimasukkan ke Penjara Kajang pada 23 Ogos lalu, banyak juga ‘drama’ dicipta bekas Perdana Menteri itu untuk keluar dari penjara dan tinggal di hospital.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat