Apa Respons KDN Isu Kod Nama “Merpati” Diguna Najib, Dapat Layanan Istimewa – Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak memberikan maklum balas berhubung sebaran tular di media sosial berkenaan Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan kod nama “merpati” di mana bekas Perdana Menteri itu mendapat layanan istimewa meskipun sedang menjalani hukuman penjara.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang membangkitkan persoalan berkenaan dakwaan kononnya kerajaan sedang membelanjakan wang untuk Najib.

“Di manakah pasukan respons pantas KDN mengenai isu “merpati” yang mengatakan Najib menerima layanan istimewa di penjara atau adakah tuduhan ini sebenarnya betul?

“Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, dan Naib Presiden Amanah merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, semalam telah bertanya kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Jabatan Penjara untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai satu siaran media sosial yang mengatakan bekas Perdana Menteri, Najib mendapat layanan istimewa di penjara semasa menjalani hukuman penjara 12 tahun atas tuduhan rasuahnya, namun masih belum ada apa-apa maklum balas diterima,” kata Kit Siang.

Malah Veteran DAP itu bertanya, siaran media sosial “merpati” ini telah berlegaran selama dua hari dan tidak mungkin pihak berkuasa belum sedar mengenainya.

“Pihak berkuasa di KDN dan Jabatan Penjara perlu sedar yang 24 jam adalah tempoh yang amat lama dalam era media sosial, apatah lagi 48 jam. Dalam keadaan seperti ini, persoalan ini menjadi lagi penting apabila KDN dan Jabatan Penjara terus berdiam diri,” tegasnya.

19 September lalu satu akaun Twitter ‘membongkar’ kod nama “merpati” yang diguna Najib ketika menjalani hukuman penjara di Kajang.

Dakwanya, KDN memperuntukkan RM50,000 untuk tujuan ubah suai bilik penjara dihuni Najib dan bajet RM 3.5 juta disalurkan KDN untuk uruskan “merpati” membabitkan kos kenderaan, kesihatan dan juga penempatan.

Selain itu, dakwa individu itu lagi pihak atasan akan menghantar “merpati” ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) walaupun tiada indikasi untuk ke rehab itu.

Malah dakwanya lagi motif “merpati” ditempatkan di HRC bagi memudahkan pergerakan untuk ahli keluarga, setiausaha politik dan orang luar nak jumpa berbanding di penjara kerana disediakan fasiliti VVIP sedangkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menggunakan bilik kelas pertama.

Hal demikian Kit Siang menggesa KDN dan Jabatan Penjara segera memberikan maklum balas mengenai siaran media sosial isu “merpati” ini atau isu ini perlu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat