Tak mahu tekan butang boleh suruh menteri Bersatu, PN tarik sokongan kepada PM – Shahrir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan ‘tekan butang’ beliau boleh mengarahkan menteri dari Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) tarik sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad mencabar bekas setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad menasihatkan bekas Perdana Menteri itu berbuat demikian memandangkan mereka telah memberi markah ‘gagal’ kepada Ismail Sabri.

“Marzuki kata ‘approval rating’ untuk Muhyidin pukul rata adalah 67 peratus. Itupun Kerajaan Abah (Muhyiddin) dikatakan kerajaan gagal. Marzuki sambung hujahan dengan mengatakan Ismail Sabri hanya dapat ‘approval rating’ 45 peratus, jauh lebih rendah daripada Muhyidin.

“Apa nak tunggu lagi? Marzuki kena nasihat Muhyidin untuk ‘tekan butang’. Tak hendak ‘tekan butang’, boleh juga ‘pull the plug’, iaitu orang-orang Bersatu dan PN yang ramai dalam Jemaah Menteri boleh tarik sokongan daripada Ismail sebagai Perdana Menteri. Kan senang,” syor Shahrir yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Bharu.

Beliau beliau dengan sinis menyindir bahawa Perdana Menteri dengan markah 67 peratus dengan mudah boleh mengalahkan Perdana Menteri 45 peratus di PRU15.

Baru-baru ini Ismail Sabri berkata, “kalau saya gagal sebagai Perdana Menteri, awak pun gagal sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN)”.

Pun begitu, Marzuki menegaskan kenyataan itu tidak betul.

Katanya, MPN tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif untuk mengurus ekonomi dan negara. Ia adalah sebuah majlis yang bersifat advisory (penasihat). Kuasa eksekutif untuk mengurus ekonomi dan negara terletak pada Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

“Perdana Menteri mendapat markah gagal dalam keadaan beliau senang-lenang. Kes-kes Covid-19 tidak menggila seperti dulu, kehidupan rakyat kembali normal seperti biasa, ekonomi telah dibuka, sempadan negara telah dibuka dan politik pun stabil, kecuali gangguan suara-suara sumbang sekali-sekala dari Kluster Mahkamah dalam parti Umno yang mahukan pilihan raya diadakan segera.

“Parti Bersatu tidak pernah menghentam Perdana Menteri, apalagi menjalankan kempen Kerajaan Gagal sepertimana yang dibuat oleh parti Umno terhadap Muhyiddin dahulu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat