Kabinet bincang tarikh PRU-15 hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini difahamkan akan membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut laporan Berita Harian, selain daripada membincangkan tentang persiapan banjir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan ada perbincangan tentang tarikh PRU-15 namun enggan mengulas lanjut.

Menurut Ahli Parlimen Arau itu, perkara berkaitan pembubaran Parlimen dan pilihan raya adalah bidang kuasa Perdana Menteri.

“Perbincangan itu ada, membabitkan macam-macam isu, kita bincang dengan panjang lebar mengenai persiapan menghadapi banjir untuk bulan-bulan akan datang, Oktober, November dan Disember,” katanya.

Isnin lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cadangan untuk mengadakan PRU-15 dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Media turut melaporkan Perdana Menteri akan membawa pendapat semua pihak berhubung bila pilihan raya umum patut diadakan.

Perdana Menteri sebelum ini diasak pelbagai pihak untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-15 dijalankan selepas dua kali perubahan kerajaan berlaku sejak PRU sebelum ini yang menyaksikan tiada parti politik memperoleh dua pertiga kerusi di Dewan Rakyat.

Sabtu lalu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BN sanggup meredah banjir dan hujan lebat, jika PRU-15 diadakan tahun ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO menyifatkan, isyarat yang diberikan ahli parti supaya PRU-15 diadakan dalam masa terdekat adalah jelas dan nyata.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba tidak memberikan jawapan yang jelas berhubung perkara itu namun menyatakan Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan mesyuarat Kabinet.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat