Adam Lee, Sweet Qismina sendiri jadi ‘wedding planner’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon, Adam Lee, 27, tidak melantik mana-mana ‘wedding planner’ untuk menguruskan persiapan majlis perkahwinannya dengan pelakon, Sweet Qismina, 24, yang bakal berlangsung sebulan lagi.

Adam berkata, dia dan tunangnya itu yang menggalas tugas sebagai ‘wedding planner’ untuk membuat segala persiapan majlis perkahwinan mereka sendiri yang tarikhnya masih dirahsiakan.

“Saya memang teruja menantikan saat ini (perkahwinan), tapi boleh dikatakan kami berdua amat penat juga kerana menjadi ‘wedding planner’ untuk majlis sendiri.

“Sebenarnya kami urus dan buat segala persiapan bermula dari kosong sehinggalah ke hari ini. Kami tak gunakan khidmat ‘wedding planner’ pun,” katanya ketika ditemui, semalam.

Terdahulu, Adam hadir pada acara sidang media secara virtual drama terbaharu lakonannya, Adakah Engkau Menungguku untuk slot Lestary TV3 bersama pelakon, Wanna Ali yang menemui penonton mulai 29 September ini.

Ditanya mengenai cabaran dihadapi apabila menguruskannya persiapan untuk majlis sendiri, Adam berkata, ia mencabar kerana waktu kerja mereka berdua sebagai pelakon tidak sama seperti orang lain.

“Kami masih lagi sibuk dengan kerja di lokasi penggambaran. Keluar pagi, balik pagi, dan semua itu agak mencabar sebenarnya. Tapi, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik,” katanya.

Sebelum ini, berita berkaitan persiapan perkahwinan itu dikongsikan Sweet Qismina kepada media dengan memaklumkan ia bakal berlangsung tidak lama lagi selepas genap setahun mereka bertunang.

Terdahulu, Adam atau nama sebenarnya, Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee dan Sweet Qismina atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi melangsungkan pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu, selepas tiga tahun bercinta.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat