Pengambilan Guru Secara ‘One-Off’ Adalah Langkah Komprehensif – Jaziri Alkaf

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Pengumuman pengambilan guru secara ‘one-off’ yang dilakukan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin merupakan satu langkah komprehensif dalam menyelesaikan kemelut kekurangan guru yang berlaku sejak sekian lama di negara ini.

Senator Dewan Negara, Jaziri Alkaf A. Suffian berkata, pengambilan khas guru secara ‘one-off’ melibatkan 18,702 orang guru merupakan jalan penyelesaian terbaik dan amat perlu dilakukan terutama di negeri Sabah dan Sarawak yang berhadapan masalah kritikal dalam isu kekurangan guru.

“Kita sedia maklum peranan guru adalah amat besar dan bermakna terutama dalam melahirkan generasi masa kini yang lebih terbuka, kreatif, bijak dalam menilai serta mahir dalam teknologi maklumat.

“Maka langkah pengambilan guru pada skala lebih besar yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan ini adalah tepat pada masanya serta sangat membantu menyelesaikan masalah yang berpanjangan sekian lama” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, langkah yang diambil oleh KPM ini menunjukkan keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi para guru, pelajar serta ibu bapa dalam menyelami serta menyelesaikan isu yang berlaku dalam kalangan rakyat melibatkan soal pendidikan dan masa depan anak bangsa.

“Apatah lagi masalah utama dalam soal kekurangan guru ini adalah akibat kekurangan bekalan calon guru daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) dan ketidakpadanan opsyen mata pelajaran.

“Masalah kekurangan guru ini sebenarnya semakin menghimpit terutama di negeri-negeri seperti Sarawak dan Sabah yang kita ketahui agak luas wilayahnya dan ramai rakyatnya menetap di kawasan luar bandar yang serba kekurangan dan jauh daripada bandar,” katanya

Sehubungan itu beliau yakin, usaha ini mampu menyerlahkan lagi potensi dan kelebihan anak-anak muda yang ada di Sabah dan Sarawak bagi menyumbang dan berbakti kepada anak bangsa.

“Ini sudah tentu memberi manfaat kepada rakyat Sarawak yang agak kritikal dalam soal kekurangan guru serta sekaligus membantu meningkatkan kualiti pembelajaran dan kemahiran anak-anak Sarawak demi masa depan yang lebih baik.
“Saya juga menyeru agar diberi keutamaan graduan bidang pendidikan IPTA/IPTS dan IPG yang layak tetapi belum mendapat penempatan serta berharap tidak wujud birokrasi yang boleh melambatkan proses pengambilan guru,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat