Rahsia besar Jackie Shroff terlerai…

- Advertisement -

India: Selepas 18 tahun filem Boom ditayangkan dan gagal, bintang filem terbabit, Jackie Shroff akhirnya sedia berkongsi mengenai kemelut kewangan yang dihadapi serta emosi keluarganya pada ketika itu.

Dalam perkongsiannya bersama media antarabangsa, Jackie bercerita bagaimana dia terpaksa berdepan dengan dugaan hebat apabila diisytiharkan muflis.

“Apabila kita cuba melakukan sesuatu, kita akan hilang sesuatu. Saya bekerja sekeras mungkin untuk membayar hutang-hutang saya dan membersihkan nama keluarga.

“Dalam perniagaan ada naik dan turun. Tak semestinya, anda akan berada di atas. Yang penting, kita kena tahu bagaimana untuk menjaga etika dan menjaga kewarasan,” katanya.

Berkongsi kehidupan selepas filem yang diterbitkan isterinya, Ayesha Shroff itu berdepan kegagalan, Jackie juga bercerita mengenai bagaimana masalah kewangan turut memberi kesan kepada anak-anaknya, Tiger dan Krishna.

“Anak-anak tak faham apa yang berlaku. Mereka masih kecil dan kami tak mahu mereka rasa apa yang kami rasa.

“Tiger pernah berjanji untuk mendapatkan semula rumah kami yang sudah terjual. Saya bangga dengan anak-anak saya.

“Walaupun isteri saya dah tak ada hati untuk dapatkan rumah kami semula, anak-anak begitu bersungguh-sungguh mahukannya.

“Kata isteri saya, apa yang sudah hilang, jangan dikenang. Tapi, Tiger begitu bersemangat dan dia nak bina rumah untuk ibunya dan keluarga,” katanya.

Filem Boom diarahkan oleh pengarah, Kaizad Gustad dan dibintangi barisan pelakon hebat antaranya, Amitabh Bachchan, Gulshan Grover, Katrina Kaif dan Jackie sendiri.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat