‘Dunia Ikrar Lawan Covid, Mahathir Ikrar Lawan Muhyiddin’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketika seluruh dunia berikrar menentang Covid-19 secara habis-habisan sebaliknya, Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar menentang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Demikian sindiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terhadap Tun Dr Mahathir dalam satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Meskipun tidak menyatakan nama Mahathir namun, secara jelas “dia” yang dimaksudkan oleh Najib ialah Mahathir.

“Seluruh dunia: #KitaMestiMenang Lawan Covid.

“Dia: #SayaMestiMenang lawan PM8.

“Rakyat: #facepalm,” tulis najib ringkas di Facebook.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar tidak akan berhenti daripada usaha menjatuhkan Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, beliau berang kerana Muhyiddin memberi peluang kepada Umno untuk kembali berkuasa.

Rabu lalu, bekas perdana menteri itu mempersoalkan kesahihan pakatan Muhyiddin yang berusia 2 bulan setengah dengan Umno.

“Salah untuk membuat penyusunan pintu belakang ini. Kami mahu memberi rakyat kerajaan sah yang mereka pilih. Itu matlamat kami,” katanya kepada Reuters dalam wawancara melalui sidang video.

Muhyiddin yang merupakan sebahagian daripada kerajaan Mahathir, tanpa disangka dilantik sebagai perdana menteri pada 1 Mac lalu selepas mendapat sokongan Umno untuk meraih majoriti di Dewan Rakyat.

Pembangkang mendakwa Muhyiddin mencuri kuasa dengan menukar perikatan berbanding mendapatkan jawatan nombor satu itu melalui pilihan raya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat