Kerajaan PH jauh lebih baik dari PN & BN – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf kerajaan Pakatan Harapan (PH)  yang tumbang pada dua bulan lepas, jauh lebih baik berbanding dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini, dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Walau bagaimanapun, menurutnya kerajaan PH ketika itu sedikit lambat dalam membuat beberapa keputusan dalam kerajaan.

“Kelemahaannya ialah kerana kita menangguh beberapa keputusan yang kita patut tunaikan dengan baik.

“Dan juga keresahan rakyat terutama yg merasakan mereka tidak diberi pembelaan secukupnya.

“Tapi ini tidak boleh kita bandingkan dengan kedudukan BN ataupun PN kerana PH sebagai sebuah kerajaan telah memulakan beberapa perubahan institusi reform yang jauh lebih baik dari sebelumnya,” katanya.

Anwar menyatakan perkara tersebut melalui siaran video secara langsung di Facebook miliknya hari ini.

Tambah Anwar, berikutan kejatuhan kerajaan PH, mereka ketika ini tekad untuk merampas semula takhta kerajaan.

“Kita tidak senang dengan rampasan kuasa, pengkhianatan Perikatan Nasional.

“Kita merasakan mereka ini lebih parah, kerana kerja mereka dalam keadaan pengangguran sudah mencecah ratusan ribu, harga barang dan inflasi melonjak naik.

“Apa yg mereka lakukan? Agih kekayaan dan kuasa dan kedudukan satu demi satu.

“Ini ghanimah harta seolah-olah rampasan dalam peperangan dia bahagikan. Ini ternyata sangat buruk dan merosakkan sistem dan pemikiran pimpinan,” katanya.

Kerajaan PH tumbang pada bulan Februari lalu setelah perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.

Beberapa pemimpin Bersatu, termasuk presidennya, Muhyiddin Yassin bersama BN, PAS, GPS, STAR dan PBS, kemudian membentuk Perikatan Nasional. Muhyiddin kemudiannya dilantik menjadi perdana menteri.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat