Lelaki Tak Mengaku Salah Tunjuk Isyarat Lucah, Tendang Wanita

- Advertisement -

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas yang menendang dan menunjuk isyarat lucah terhadap pekerja wanita penghantar makanan mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah tengah hari ini.

Tertuduh, Hii King, 61, yang hadir bersama peguamnya, Lim Tien Long, merupakan seorang warga emas yang tidak bekerja selama lapan tahun.

Mengikut kertas pertuduhan pertama King pada 18 Mei lalu di Jalan Puteri 9/1, Bandar Puteri Puchong telah didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Shazleena Shazmi, 26 tahun.

Bagi pertuduhan ini, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Manakala bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh pada 18 Mei lalu di Jalan Puteri 9/1, Bandar Puteri Puchong dengan niat mengganggu kesantunan seorang perempuan iaitu Shazleena dengan menunjukkan isyarat lucah jari tengah.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Selangor, Hakim Amir Abdul Hamid.

Terdahulu Hakim Amir mencadangkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun peguam Tien Long memohon jumlah jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh tidak bekerja dan kini menyara tiga anak, di mana salah seorangnya sedang melanjutkan pengajian di sebuah universiti.

Majistret bagaimanapun mengarahkan tertuduh membayar RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan tersebut.

Majistret juga mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan mengganggu dan mendekati mangsa serta saksi-saksi kes berkenaan.

Jika sabit kesalahan bagi pertuduhan pertama, King boleh dikenakan penjara selama satu tahun dengan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Manakala pertuduhan kedua pula, tertuduh, King boleh dipenjarakan sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret juga menetapkan 16 Julai ini sebagai tarikh sebutan kes berkenaan.

Artikel berkaitan: Warga emas tendang penghantar makanan e-hailing dituduh di mahkamah esok

Awal minggu ini, tular di media sosial satu kejadian perselisihan faham di antara seorang pekerja penghantar makanan dengan seorang pemandu kereta di Jalan Puteri 9/1 Bandar Puteri, Puchong.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pemandu kereta terbabit memarahi mangsa kerana memotong kereta dipandunya ketika dia mahu membuat pusingan U di situ.

Suspek turut menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa dan menendangnya beberapa kali sehingga mangsa terjatuh.

Dalam pada itu dua rakaman video termasuk satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu viral di media sosial sejak petang Selasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat