Serah portfolio urusan padi, beras kepada NACCOL – Syed Abu Hussin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Task Force Pemantauan Kluster Makanan (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menggesa kerajaan meletakkan portfolio padi dan beras di bawah badan itu.

Syed Abu Hussin menyatakan hasrat untuk mengambil tanggungjawab menyelesaikan isu padi dan beras yang sudah berlarutan lebih dua tahun.

“Saya nak minta Perdana Menteri meletakkan portfolio urusan padi, penambahan hasil padi, dan urusan beras di bawah NACCOL. Saya mengambil tanggungjawab untuk selesaikan isu ini.

“Bagi saya masa tiga bulan sahaja, Insya-Allah saya boleh selesaikan. Saya akan buat cadangan tanpa ada gangguan. Kementerian dan kawal selia padi tidak boleh buat gangguan, tak boleh.
“Sementara sahaja, bukan saya minta lama-lama. Tiga bulan sahaja, selepas itu saya serah balik,” katanya.

Syed Abu Hussin, dalam pada itu, turut menempelak Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu kerana dilihat gagal menguruskan isu beras padi di negara ini dengan baik.

Tambah beliau, Mohamad disifatkan gagal menjalankan tugas dalam menyelesaikan isu beras putih tempatan yang berlarutan lebih dua tahun di negara ini.

“Tak payah tahun ini, nak kajian, berapa lama nak kaji. Come on lah. What’s going on? Come on lah Menteri Pertanian, rakyat menilai sebenarnya. Isu beras pun tak boleh selesai.

“Macam mana komoditi yang lain? Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari-hari bercakap mengenai kos sara hidup, tapi menteri buat tidak peduli sahaja. No response,” lapor Astro Awani.

Minggu lalu, Mohamad Sabu mengumumkan penjualan beras campuran sedang dikaji bagi mendepani kekangan pengilang khususnya Bumiputera yang tidak dapat menjual beras tempatan pada kadar RM26 bagi kampit 10kg.

Mohamad berkata, setiap keputusan yang dibuat akan meletakkan pesawah sebagai keutamaan dan pada masa sama turut memikirkan alternatif kepada masyarakat agar tidak terbeban dengan harga beras yang terlalu tinggi.

Sementara itu, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) memberitahu komuniti pesawah dibebani dengan kos operasi yang mendadak sejak penghapusan subsidi pukal untuk diesel pada Jun tahun lalu, dan ini ditambah dengan isu agihan “fleet card” yang masih belum selesai.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat