Tiada lagi tol percuma musim perayaan mulai 2025 – Alexander Nanta Linggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada lagi tol percuma sempena musim perayaan kepada pengguna lebuh raya di negara ini bermula tahun ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini berikutan kerajaan telah memutuskan tahun lalu adalah tahun terakhir bagi pemberian tol percuma.

Katanya, keputusan berkenaan yang diputuskan pada mesyuarat Kabinet tahun lalu bagaimanapun akan diganti dengan pendekatan yang lebih bersasar.

“(Tol percuma untuk Tahun Baharu Cina) Kalau ikut keputusan itu (Kabinet) tiada.

“Kalau ada mungkin ada pertimbangan lain, kita akan umumkan.

“Kerajaan juga telah menyelaraskan subsidi untuk pendekatan yang lebih bersasar bagi rakyat Malaysia yang perinciannya kita akan umumkan dalam masa terdekat,” katanya selepas merasmikan pembukaan Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Klang pada Selasa.

Sambutan Tahun Baru Cina bermula 29 Januari ini merupakan musim perayaan pertama pada tahun ini.

Dalam pada itu, Alexander berkata, dianggarkan sebanyak 150,000 pengguna dalam masa sehari akan menggunakan WCE bagi perjalanan dari Pantai Barat Selangor ke Perak dan seterusnya bahagian Utara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat