Ucapan Zahid: Siapa mengkhianati rakyat?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Puad Zarkashi mengulas ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pengkhianat rakyat dalam perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam.

Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menjelaskan, “sebenarnya yang mengkhianati rakyat adalah yang ego dan tidak mahu mendengar rintihan rakyat di saat paling sukar”.

“Saya mahu mengulangi dua perkara penting di penghujung ucapan belanjawan oleh Zahid Hamidi Presiden UMNO di Parlimen semalam.

“Pertama mengenai kejujuran politik. Saya pernah mengulasnya di Facebook saya bertarikh 1 Nov 2020.

“Tetapi Zahid menyusunnya dengan ungkapan yang tajam dan tepat. Katanya…”Dalam politik baik sebagai rakan kongsi atau atas nama dokongan, kejujuran politik bukan sekadar persetujuan lisan tetapi pelaksanaannya”, kata Puad.

Beliau menambah, menurut Zahid, tidak timbul siapa yang berbudi atau siapa yang terhutang budi. Tetapi bagaimana kebersamaan diterjemahkan.

Ujarnya, tegas Zahid lagi, muslihat politik hendaklah di ketepikan. Apabila kejujuran politik diberi keutamaan, “jangan ada telunjuk lurus kelingking berkait”.

“Semoga siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Hentikan politik tikam belakang. Sebab itu Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mesti didokong oleh konsensus parti secara bertulis.

“Kedua, Zahid menekankan perlunya kestabilan politik. Barulah kelangsungan rakyat dapat diutamakan. Jujurlah katanya, “rakyat mahu yang terbaik untuk mereka. Kerajaan majoriti lemah menyukarkan usaha ke arah itu,” jelas Puad.

Puad menambah, justeru Zahid menyarankan “usul percaya”atau sebaliknya hendak diuji di Dewan Rakyat. Baginya, kerajaan perlu menjadikan “usul percaya” itu sebagai urusan kerajaan. Usul itu mesti diletak disenarai atas urusan kerajaan.

“Apakah Perdana Menteri berani dan gentleman? Ya, jika ada “kejujuran politik”. Sebab itu tegas Zahid proklamasi darurat di seluruh negara atas alasan apa sekalipun wajib ditolak. Cukup jelas pendirian UMNO mengenai darurat.

“Akhirnya Zahid membuat kesimpulan penting iaitu suara rakyat adalah suara keramat. Dari rakyat kita diberi mandat maka kepada rakyat kita serahkan mandat.

“Justeru jangan memandai tuduh sokongan “Belanjawan Bersyarat” Barisan Nasional (BN) adalah pengkhianat. Syarat itu adalah untuk kelangsungan rakyat. Bukan untuk kahwin Puteri Gunung Ledang,” kata Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat