“Saya hanya sebagai ‘rubber stamp’ dalam SRC laksanakan kehendak Najib” – Suboh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Salah seorang bekas ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn. Bhd. memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, beliau hanya berperanan sebagai ‘rubber stamp’ dalam syarikat pelaburan strategik negara itu bagi melaksanakan kehendak Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pihak atasan.

Datuk Suboh Md. Yassin berkata, pengurusan SRC International hanya melibatkan seorang individu iaitu Perdana Menteri melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) ketika itu, Nik Faisal Ariff Kamil yang juga proksi Najib.

Beliau yang juga bekas pengarah bukan eksekutif SRC International berkata, sebarang komunikasi di antara Najib selaku Penasihat Emeritus dengan pengarah dilakukan menerusi Nik Faisal.

Jelas Suboh, 73, Nik Faisal hanya berjumpanya jika mahukan beliau menandatangani dokumen dan sebarang pertanyaan yang diajukan akan dijawab ‘boss nak lah’ atau ‘diminta pihak atasan’.

“Selalunya dokumen itu sudah ditandatangani oleh Nik Faisal dan saya hanya dikehendaki menurunkan tandatangan balas. Proses `rubber-stamping’ ini berterusan sepanjang khidmat saya dalam SRC.

“Modus operandi seperti ini tidak membolehkan saya mengesahkan sama ada saya pernah menandatangani dokumen tertentu atau tanda tangan saya telah dipalsukan. Nik Faisal selalunya membawa sejumlah doumen untuk saya tandatangan,” ujar beliau dalam pernyataan saksinya, lapor Kosmo! pada Khamis.

Oleh yang demikian, Suboh menafikan tuntutan Najib terhadapnya selaku pihak ketiga kerana ia tidak berasas.

Suboh memberi keterangan sebagai pihak ketiga (yang pertama) pada perbicaraan kes saman AS$1.8 bilion yang difailkan SRC International (plaintif) terhadap Najib dan Nik Faisal. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung Isnin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat