TDM rampas 720 kilogram daun ketum bernilai RM57,600 di sempadan negara

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA NERANG – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan sindiket penyeludupan masuk daun ketum seberat 720 kilogram bernilai RM57,600 di kawasan hutan berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand pada Rabu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan operasi berlaku di sektor kawasan tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

Beliau berkata, pada jam 9 malam anggota tentera yang sedang melaksanakan tugas telah menemui sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Mitsubishi Pajero yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berdekatan dengan sempadan di sini.

Hasil siasatan dan pemeriksaan lanjut oleh pihak berkuasa tentera mendapati 71 bungkusan berwarna hitam yang mengandungi daun ketum seberat 720 kilogram berada di dalam kenderaan tersebut.

Katanya, kesemua bungkusan dan kenderaan terbabit yang dirampas keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM77,600 itu, telah diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan tentera yang menjalankan tugas sentiasa bersiap-siaga mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara,” kata kenyataan itu lagi. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat