Isu stoking kalimah Allah: JAINJ, PBT buat operasi bersepadu periksa 80 premis perniagaan

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Sebanyak 80 premis perniagaan termasuk rangkaian kedai serbaneka yang dikaitkan dengan penjualan stoking tertera kalimah Allah, diserbu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), hari ini.

Pengerusi Jawantakuasa Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, operasi bersepadu besar-besaran itu membabitkan kesemua 10 daerah di negeri ini dan diadakan secara serentak.

Katanya, operasi bersepadu itu turut membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pejabat Kadi Daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut menumpukan rangkaian kedai yang menjual pakaian dan alat tulis.

“Operasi bersepadu ini adalah langkah agresif dan segera yang diambil JAINJ sebagaimana titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail,berkenaan kalimah Allah yang perlu sentiasa dimuliakan.

“Oleh itu, operasi pemeriksaan dilakukan serentak di 10 daerah di Johor yang menyasarkan premis yang terkait dengan insiden stoking tertera kalimah Allah dan juga premis serbaneka lain yang menjual pakaian dan alat tulis,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas operasi pemeriksaan bersepadu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) terhadap KK Mart, di sini, hari ini.

Operasi pemeriksaan bersepadu itu turut disertai Kementerian Dalam Negeri (KDN); Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru.

Pada 13 Mac lalu tular di media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna, menyebabkan kemarahan umat Islam negara ini.

Mengulas lanjut, Mohd Fared berkata operasi pemantauan itu akan terus dilaksanakan sehingga isu berkenaan reda selain ia diselesaikan pihak berkuasa sepenuhnya.

Katanya, operasi yang dijalankan itu jmenunjukkan JAINJ serius membanteras sebarang kecenderungan dan usaha mempersendakan agama Islam.

“Ini juga saya sifatkan amaran paling besar kepada mana-mana pihak termasuk pengeluar produk sama adaindividu atau syarikat penerbitan supaya jangan lagi sesekali berani mencabar kemulian agama Islam.

“Peniaga bukan Islam jangan bimbang, sekiranya kalian tidak melakukan sebarang kesalahan, berniaga seperti biasa dan patuhi semua syarat yang ditetapkan,” katanya.

Mohd Fared, berkata JAINJ juga akan melaksanakan lebih banyak program kesedaran dan taklimat berhubung sensitiviti agama yang perlu dijaga selepas ini.

“Kami bukan sahaja laksanakan penguatkuasan tetapi juga akan mengadakan lebih program kesedaran termasuk bengkel dengan memangggil senua pemain industri.

“Begitu juga pihak pengilang danpengusaha akan dipanggil supaya mereka diberikan taklimat bagaimanakah seharusnya sensitiviti agama Islam yang perlu dijaga,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat